Keputusan SPM telah dikeluarkan, maka banyaklah sekolah mendapat kejayaan yang bagus-bagus. Pengetua pun tumpang gembira apabila sekolah mereka mendapat keputusan yang baik, sudah tentu nama mereka menjadi tumpuan pihak-pihak atasan. Apa yang menghairankan saya ialah bagaimana sekolah tersebut mendapat keputusan yang baik. Ada yang saya dengar daripada rakan-rakan yang mengatakan mereka membuat kelas tambahan pada waktu malam dan guru-guru dikehendaki hadir pada malam yang telah diperuntukan disamping itu mereka juga memberi soalan-soalan untuk pelajar mereka buat pada setiap petang. Boleh dikatakan hampir setiap pelajar akan membuat kerja yang telah cik gu rancangkan. Saya rasa jikalau begitu, sudah sepatutnya pelajar akan berjaya dengan baik kerana mereka telah belajar seperti mana telah dirancangkan oleh guru-guru yang agak berkemahiran. Satu perkara yang menyedihkan ialah apabila kita menghadiri seminar semua ahli seminar mengatakan perkara sebegini bukanlah satu perkara yang baik pada pelajar kerana mereka telah diatur oleh guru sebegitu rupa supaya mereka berjaya dalam peperiksaan.
Apa yang saya nampak, ialah guru-guru dan pengetua perlu berfikir lebih jauh lagi iaitu bagaimana untuk melahirkan kualiti pelajar yang baik, bukan setakat menghasilkan pelajar yang berjaya dalam peperiksaan. Mengapa tidak kita perkemaskan kaedah pengajaran kita dengan menggunakan teori-teori atau pendekatan yang yang terbaharu. Kita juga sepatut memperkemaskan cara belajar pelajar, bagaimana mereka mengaturkan jadual waktu belajar mereka, bagaimana pembacaan mereka dan bagaimana mereka dapat membentuk kualiti hidup yang lebih baik.
Kadang-kadang saya terfikir apakah sebenarnya yang guru harapkan daripada seorang pelajar ataupun guru dan pengetua mempunyai cita-cita tersendiri dan menggunakan pelajar untuk mencapai cita-cita mereka.
Saturday, March 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
betul bro, guru sekarang ni jadi alat pengetua.pelajar jadi alat cikgu. akhir sekali hasilny sudah tentu membingungkan.
pendidikan di Malaysia ini berteraskan pendidikan sjavascript:void(0);
Hide Original Postekular.Oleh itu hasilnya sudah tentu sekular juga.Masing-masing mengejar kebendaan tanpa mengira pembangunan rohani.
Oleh itu falsafah pendidikan negara yang seperti kita sebut itu JERI akan menjadi buah cherry.
Post a Comment