Wednesday, March 19, 2008

Isu Bahasa Inggeris

Isu penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran matematik dan sains (PMSI) sudah lama, tetapi saya masih ingin hendak mengulasnya. Saya sampai sekarang hairan mengapa pengajaran matematik dan sains dibuat dalam B.I. Saya pernah cakap dekat guru B.M bahawa sedikit masa lagi kemungkinan anda tidak diperlukan lagi kerana orang tidak merasakan B.M itu penting. Sekarang ini kalau orang tidak pandai BM, orang rasa tidak ada masalah malah mungkin ia lebih dipandang tinggi lagi tapi jika ia tidak pandai B.I terasa ia sebagai satu kekurangan kepada orang tersebut. Sejak (PMSI) dimulakan buku-buku sains BM semakin hari semakin hilang, istilah-istilah sains yang telah diwujudkan dahulu pun semakin ditelan zaman. Contohnya, mungkin sedikit hari lagi istilah daya tidak akan difahami oleh orang melayu kerana mereka lebih faham dengan force. Istilah ini mungkin tinggal hanya dalam kamus dewan sahaja sebagai rujukan. Itu pun jikalau ada orang nak menggunakannya. Satu perkara lagi, sekarang ini siapa yang hendak menulis buku sains tidak akan menulis didalam BM kerana tiada pembelinya. Tamatlah riwayat istilah-istilah sains dalam BM, sungguh menyedihkan nasib BM.
PMSI ini juga akan menyebabkan pelajar-pelajar kita akan pandai berbahasa Inggeris dan sudah tentu mereka amat berminat membaca terutama bahan-bahan yang berbahasa Inggeris kerana biasanya bahan-bahan berbahasa Inggeris ditulis oleh orang-orang yang tinggi pengetahuannya. Sedikit masa lagi surat khabar BI akan menjadi pilihan bagi orang melayu yang ingin nak jadi orang Inggeris. Surat khabar BM juga akan jadi surat khabar Utusan Melayu yang dibaca oleh orang-orang yang ingin belajar tulisan jawi sahaja. Kasihan juga syarikat-syarikat surat khabar BM ini, mereka pun terpaksa menerbitkan surat khabar BI. Habislah Bahasa Melayu.
Baru-baru ini saya menonton satu rancangan TV dan saya lihat rancangan ini dikelolakan oleh orang melayu tetapi ia bercakap inggeris. Saya hairan dekat siapakah yang ia ingin sampaikan , saya rasa cara ia bercakap itu macam nak tuju kepada orang-orang melayu kalau orang putih sudah tentu ia sendiri tidak berminat menontonnya kerana rancangan mereka lebih daripada rancangan itu. terfikirlah dalam kepala saya orang melayu bercakap dengan orang melayu tetapi menggunakan BI. Apa nak jadi, dimana nilai BM dikalangan orang-orang melayu. Nak kata orang Melayu dah maju, saya tenguk nak buat cubin pun terpaksa gunakan orang Cina kerana orang Melayu tidak mahir. Begitu juga apabila mengajar matematik dan sains kepada pelajar melayu kita juga menggunakan BI, cikgu melayu anak muridnya melayu tetapi cakap orang putih, entahlah apa nak jadi. Mereka kata kut tak boleh maju kalau tak pandai BI. Apa yang saya lihat pelajar-pelajar yang kita ajar menggunakan BI ini, bukannya nak kemana pun setakat kerja dekat negeri orang melayu sahaja. Entahlah orang Melayu ini, memang suka buat kerja yang menyusahkan duri sendiri sedangkan hasilnya tak seberapa. Bila guru menggunakan BI semasa mengajar maka terkial-kial guru tersebut untuk bercakap, banyak pula persediaan yang harus guru buat untuk mengajar, bukannya untuk buat persediaan menggunakan teori-teori yang baru tetapi nak menukar BM kepada BI. Letihlah guru tersebut dan semakin banyaklah kerja yang sudah tersedia banyak. Suasana pembelajaran pula agak tegang kerana masing-masing kurang fasih dengan BI. Lawakpun tak jadi, pelajar pula segan nak tanya takut kut BI tak kena. Mengapa tak, kita cakap melayu sahaja kalau nak guna buku BI gunalah tak perlu susah-susahkan kepala nak bercakap dalam BI. Perkara ini macam pemakaian talileher di sekolah-sekolah, kesian kadang-kadang saya lihat pelajar dengan suhu hampir 35 darjah dan berpeluh terpaksa pakai talileher sedangkan bukan dapat pahala pun bila pakai tali leher.

3 comments:

Anonymous said...

Minda orang melayu ini masih terjajah.Bila cakap orang putih orang akan cakap mesti terpelajar.Padahal kerja tukang sapu atau tukang ampu.

Orang Jepun,Peranchis dan korea tak guna bahasa inggeris pun dia orang tetap maju.Itu menunjukkan bahasa ibunda lagi penting daripada bahasa bukan ibunda.

Ini sebenarnya, salah pemimpin,kalau ketua dah tak betul,anak lagi dua kali tak betul.

Orang Malaysia tak maju juga. Nak buat skru pun import daripada negeri china.Apa kejadahnya.Kata handal berbahasa penjajah.

Anonymous said...

Sebab ada pemimpin gila meroyan sebab orang malaysia sampai sekarang tidak maju

Anonymous said...

Melayu akan datang tinggal nama sahaja.Cakap MElayu pun tak tahu.Macam orang jawa le..anak-anak dah tidak tahu cakap melayu.Sebab bila cakap jawa orang kutuk,takut jatuh status.akhir warisan diri sendiri pun lesap