Saturday, April 12, 2008

Orang Melayu

Terima kasih kepada yang beri komen, saya tak berapa cekap nak kemaskan blog.

Bilakah orang melayu dapat menguasai dunia ini?. Bilakah ada nama saintis Melayu yang berjaya membuat teori baru. Bilakah kitab-kitab besar ditulis oleh orang Melayu. Ini merupakan persoalan yang selalu tertanya di dalam kepala saya. Dimanakah silapnya orang Melayu. Semangkin lama semangkin hilang indentiti mereka. Orang melayu malu pada diri mereka, nak pakai kopiah pun segan, nak pakai kain pelikat berjalan di ibu kota nanti apa kata orang, nak cakap melayu masa nak daftar hotel risau kut orang kata tak pandai bahasa Inggeris. Nak pergi pejabat pakai baju melayu orang kata nak kahwin. Universiti semakin banyak, tapi semakin kurang guna bahasa Melayu walaupun banyak prof. orang melayu. Bila tenguk tv macam duduk negeri barat dan kadang-kadang macam balik negeri cina.

1 comment:

Anonymous said...

Tu namanya Melayu Hadhari.Baca sejarah Bro.Melayu ini adalah bangsa yang unik kerana ada ilmu "sesumpah" boleh tiru apa sahaja budaya,agama dan lain-lain.

Inilah kelebihan bangsa melayu daripada dahulu sehingga sekarang.Kelebihan yang akhir memakan diri sendiri.

Tamadun Melayu tamadun yang baru berbanding bangsa lain seperti cina.Orang melayu terkenal kerana mempunyai sifat PHD dan kemahiran meniru benda yang dianggap baru walaupun haprak.Jati diri melayu dan pemimpin melayu seperti lalang dan yo yo.

Melayu juga terkenal dengan sifat setia membuta tuli seperti "hang Buah'

Melayu juga terkenal kerana :sifat baruah" yang cukup handal.

Melayu mudah menyerap budaya asing kedalam budaya Melayu.Itu sebab "mamak mydin" pun boleh masuk melayu dan mengaku melayu.Dan yang peliknya boleh jadi "tuan" kepada orang melayu.

Inilah melayu...